Kerepek

21, minat baja hitam, ultroman taro dan awek sexy.

01 June 2009

Laman sosial

Disebabkan Myspace dan Friendster kini dipenuhi dengan awek-awek bajet hot dengan gambar photoshop, profile-profile fake dengan meletak gambar seksi orang lain untuk mencari sex dan mat-mat rempit yang baru nak belajar berinternet men-tackle awek hot.

Salah satu contoh, nama yang seperti _-^ sArAh cUte^-_ ini (ditambah dengan ornamen bunga-bunga dan kod uni) membuatkan aku bosan. Ya la bila tengok nama dah ada 'cute' dihujung, tapi bila usya gambar, tembam semacam je. Memang tipu ah. Perasan cute pulak tu. Kalau letak "Sarah" saja kan dah ok.

Itu belum lagi profile yang diedit tahap extreme dengan background berkaler pink terang, warna text yang hampir sama dengan warna background, ditambah pula dengan pilihan typeface yang susah dibaca. Memang kena bukak mata la bila nak baca profile seseorang tu. Music player mesti ada dekat profile mereka ni. Bagi mereka, kalau takda lagu tak cool ah. Please!, aku tak suka, sebab citarasa music mereka agak ketinggalan dan membosankan. Itu belum kira lagi buletin yang suruh meng-comment pic yang baru di 'upload'.

"New piccassss. Comment it plizzzzzzzz"

Terlalu banyak. Kalau kamu 'active' di laman sosial, kamu tahu. Aku tak perlu jelaskan lagi.

Apa yang aku cari sebenarnya ialah sebuah laman sosial yang lebih professional dan serius dari Myspace dan Friendster. Ya, aku jumpa F berwarna biru. Ini semua idea Mark Zuckerberg. Lamannya mempunyai user experience yang baik dan user interface yang simple membuatkan aku beralih angin ke Facebook 2 tahun lepas. Aku suka dengan Facebook sehingga aku ketagih untuk me-'login' setiap masa. haha.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, dengan penghijrahan mat Myspace dan minah Friendster(vice versa) ke facebook membuatkan aku hangin.

Disaster.

Ia tidak kena dengan tema facebook yang menekankan tahap sosial yang lebih serius. Facebook sekarang sungguh lain dari dulu. Penuh dengan kuiz-kuiz bodoh yang menyepam homepage's wall.

"Siapakah karakter anda dalam harry potter?"

Shit. kalau kamu kena Hagrid. Kamu gemuk. kah kah.

Aku sudah bosan dengan facebook. Buat masa ni aku diactivate dulu account facebook aku.


You gonna miss me?



Sekarang aku beralih angin ke T*****R. Rahsia

Kalau kamu nak tahu, sebelum keahlian facebook dibuka kepada public, facebook sebenarnya adalah seperti Myspace untuk pelajar universiti sahaja. Bermula dari Harvard ke Yale, Standford dan keseluruh AS.

So myspace adalah tempat orang yang tak layak masuk kolej dan universiti

3 comments:

ahmdsyhmi said...

yeah. Aku juga dah hijrah ke t*****r.

ringkas dan mudah. takda buletin bodoh, kuiz bangang kat sana.

rahsia beb. jangan kecoh pasal tempat baru..

Fiziy said...

twitter ke? alahai, bosan gile. haha

mr don said...

hahaha...twitter...dah kantoi....