Kerepek

21, minat baja hitam, ultroman taro dan awek sexy.

28 May 2009

Kisah semalam.

Dengan ini, orang yang berlagak gila itu, (ada kaitan dengan entry sebelum) kata team faveret dia boleh menang la. kata kat aku secara private* dan tulis dekat facebook, itu ini la.

* "aku konfem manchester boleh menang-nye, sebab ronaldo main"

Akhirnya diam selepas game tu tamat.

Walaupon aku tahu team yang aku taruh boleh menang. Aku rilek-rilek ja. Hihi.


***

Petang tu, Syahir suruh aku amik dia dekat rumah dia. Aku malas ah dah ar jauh. Maklumlah ada kerja sikit. Sebab sebelum ni dia dah janji nak pi Alamanda. Cari apa tah.

Selepas urusan aku habis dengan kakak Finance Department. Masa masih awal lagi, so tanpa pikir apa-apa aku pergi la ke rumah dia. Sampai-sampai, pintu pulak kunci. Aku cuba la try ketuk pintu kot dia ada dalam rumah. Takda orang nak bukak pintu, aku panas ah, pastu aku talifon dia untuk suruh bukak pintu. Tak dapat hubungi(gara-gara busy konon). Cis buang minyak aku je pegi. Tapi aku syak Anip (teman serumah dia) ada, sebab kereta satria kuning (bajet renault clio v6) tu masih ada bawah pokok luar rumah. Aku try la call si Anip. Tak dapat jugak. Mesej pon tak di-reply. Pelik.

Selepas aku bengang dengan Anip. Aku cuba hubungi Syahir untuk kali kedua. Berjaya. Rupanya dia takda kat rumah, tapi di kampus. Pastu dia ajak lah aku ke Alamanda. Aku ok je. Dia kata "Jumpa kat sana".

Destinasi pertama. Kedai sukan Al-Ikhsan. Misi? dia cakap nak cari baju. Baju apa aku tak tau la, tapi dalam hati aku kata konfem baju yang nak pakai nanti tengok dengan kawan manchester dia dekat Hartamas. Nak berlagak sikit la konon. Hasrat hendak beli baju tidak tercapai sebab takda. Target seterusnya kedai Nike. Disambut oleh kakak yang sedikit cute, walaupon kedai nike tu tak ada customer, kakak tu macam busy cakap dengan talipon (maklumlah manchester united yang nak datang malaysia). Aku tanya syahir, "dah jumpa tak baju yang hang cari tu?". dia buat tak layan dan masih mencari. Aku tanya lagi "Cam mana baju tu?". Dia cakap "macam player pakai tu" sambil tunjuk kat poster dengan bongkak senyum sinis. Aku syak sesuatu dah pasal mamat ni. Kita cerita lain.




"Dalam hati aku. Smart jugak bajunya"

Kali kedua hasrat dia nak beli baju tidak tercapai, sebab tak jumpa. Padahal tak tanya kat kakak tu. Buat malu pi tanya pasal tiket pulak.



Seterusnya lapaq. Aku ajak la dia pi makan BK. Pi la oder sat, lambat juga service BK. Tapi takpa, awek belakang aku cun beratur sabaq ja. Sabaq sat la. haha. Lepas bayaq. Pa lagi. Makan la.

Tiba-tiba ada bunyi vibrate dalam poket. Aku tau dah, ni mesti dari Anip. Memang betul Anip yang antar mesej. Dia ajak aku kluaq tengok wayang. Aku balas, "tak boleh, ada hal". Anip tanya "awat, ada pa?" seolah-olah macam tak tahu ada sesuatu yang penting malam tu. (Untuk pengetahuan, Anip memang tak tahu apa pasal bola sepak. loser gak ah, boleh geng Kuyu. Tapi kalau anip tau orang dalam poster atas tu boleh la aku maafkan). Aku jawap la ada bola (final ucl). Dia balas "blah ar". -_-" Pi mampuih ah Anip. Nak merajuk.

***

Time aku makan BK. Si syahir dapat mesej dari kawan lama dari Melaka. Dia tunjuk aku mesej tu. Aku baca dan kami gelak gila. Orang yang tak penah tengok dan tidak kisah pasal bola sepak tiba-tiba suruh beli tiket manchester united dengan training pass. Tiket mahal lak tu. Kejadah? Aku nak je suruh reply ni "Hang awat kelam kabut gila". haha.


Lepas tu aku pulang. Menunggu jam 0245 sambil layan scandal Chuck & Blair dalam Gossip Girl.
0245 game dah start. Selepas 10 minit, Eto jaringkan gol. Aku pon macam tak sangka la. Macam mana barca boleh score. Bukanke dalam 10 minit pertama manchester united konker game. Aku boleh bayangkan macam mana keadaan Hartamas ketika itu. Haha. Apa lagi. Aku kasi "o shit" ke telefon dia. Mungkin aku hantar terlalu awal kot. Haha. Tak dibalas selepas itu. Aku pon malas kacau ah takut punya pasal dengan fan manchester united.




Tapi...




Janji tetap janji....





weyh mana 50 ringgit.



2 comments:

Anep said...

hek elehh..lu dtg umah gua nk jmpa syahir,pastuh nk bengang kat gua psal gua tidoq pa hal mat..?lantak gua la..nk mai jmpa gua knon..hak tuihh!

Gak® said...

fak u lalang...mcb...
aku juai pass trening lu keco sgt...
ade org nk bid sampai 5rat kot..
gua kesah pe...
lu kutuk manu gua ...
nak trening pas delete entry ni dlu...
cilakaknye kerek ..
cm sial...